Rabu, September 22, 2010

Meriahnya Aidilfitri 1431H/2010

Salam Aidilfitri buat semua. Walaupun sudah lebih seminggu kita menyambut lebaran dan dah mula bekerja, masih terasa lagi sambutannya dikalangan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Selepas pulang dari kampung, kini mula untuk menziarahi sanak saudara terdekat dan rakan taulan berhampiran.



Keluarga aku meriah dengan kehadiran anakku yang mencecah umurnya 9 bulan pada raya pertama kelmarin. Aidilfitri kami kali ini meriah dengan tema warna baju yang sama. Pilihan semua pihak memakai dan meragakan warna merah bebenang emas membuatkan kami ingin mengambil gambar keluarga di luar. Kami memilih di Taman Bukit Jalil dengan suasana yang cerah dan sesuai untuk bergambar dengan berlatarkan keindahan taman serta landskap yang dibina mewakili negara negara di dunia.

Hasilnya, pada 16 September 2010 (Raya ke 6), kami bergambar bermula dari jam 4 petang hingga 7 malam di sana. Inilah sebahagian dari hasilnya. Terima kasih pada keluargaku yang menyokong idea ini.


 Salam Aidilfiti pada semua.

Isnin, September 06, 2010

Salam Aidilfitri 1 Malaysia

Salam Aidilfitri yang bakal menjelma.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H bersamaan tahun 2010. Maaf Zahir dan Batin. Dengan ingatan tulus ikhlas dariku, Ahmad Azahari dan keluarga tersayang. Semoga dengan warkah ini sebagai tanda pengganti diri dan kad raya untuk semua pembaca.

Salam Aidilfitri 1431H

Semoga Ramadhan kita semua diberkati dengan ibadah yang dilakukan. Dan semoga Aidilfitri kita kali ini akan penuh dengan suasana kegembiraan meraikannya di samping keluarga tersayang.

Resit Zakat Tahun1431H /2010
Zakat : Dua tahun lepas masih tersimpan resit zakat aku bayar untuk 2 kepala atas tanggungjawabku sebagai suami. Tahun ini, aku sebagai bapa kepada seorang anak dan suami kepada seorang isteri. Tahun 2010 ini, aku sudah bertiga. Bermakna zakat pada kali ini aku kena bayar untuk tiga orang. Soal zakat jangan dipersoalkan, ianya adalah soal agama. Oleh itu, wajib bagi kita membayarnya.

Raya Mana? : Selalunya dekat raya mesti ada pertanyaan "Azahari, ko balik mana tahun ni?". Aku sering menjawab.."Aku balik 1 Malaysia". Umpamanya aku pusing satu Malaysia, cuma tak cukup melintasi Laut China Selatan je untuk ke Sabah dan Sarawak. Bukannya bermaksud setiap negeri aku jejak, tetapi aku perlu berlaku adil pada diriku dan isteriku. Inilah perancangan Aidilfitri ku yang dah 3 tahun sama jer..

Aku tinggal di Puncak Perdana, Shah Alam. Mak abahku tinggal di Sg Besi, Kuala Lumpur. Boleh dikatakan setiap minggu aku dan isteriku serta anakku berbuka puasa di sana. Jadi, setiap kali sehari dua sebelum menjelang Aidilfitri, kami akan pulang ke Johor Bahru (rumah mak mertuaku). Untuk merasa berbuka dan bersahur disana. Lepas tu, kami akan konvoi pulang ke Sg. Mati, Muar untuk meraikan raya pertama bersama keluarga mertua (nenek dll). Selepas mengunjungi sanak sedara di sana, dalam raya ketiga kami akan bertolak ke Kg Rambung, Kedah (rumah Tok Wan ngan Tok Nab aku,sebelah mak aku). Perjalanan selalunya akan mengambil masa 6-8 jam (bergantung pada rehat byk). Di sana kami akan bertemu dengan familyku (abah, mak dan adik beradik). Selalunya kami akan berada disana dalam 2 malam dan dalam raya kelima, kami akan bertolak ke Kg. Pdg Gajah, Trong, Perak (rumah Tok Miah, sebelah abahku). Sama juga, kami akan mengunjungi sanak sedara yang ada. Dalam raya ke enam atau ketujuh, baru kami akan pulang konvoi bersama ke Kuala Lumpur atau balik terus ke Shah Alam.


Raya 1 Malaysia_Azahari
Beraya sakan! Bagi aku tidak la...Ianya lebih kepada untuk berlaku adil pada semua. Bagi aku, selagi ada sanak saudara yang boleh dilawat, selagi itulah kita adakan konsep kunjung mengunjung ini. Aku taknak sampai tali persaudaraan putus sebab tiada budaya kunjung mengunjung ini. Selagi mampu, aku layan jer...Kalau dah takleh nanti (tak mampu/apa2)..kita cari jalan lain.

Kita akan sambut Aidilfitri dalam 3 atau 4 hari lagi. Harapanku agar, aku dapat memperolehi kemaafan daripada semua atas apa jua kesalahanku sepanjang hidupku. Aku juga berharap agar  Aidilfitri kali ini meriah dan gembira kerana aku beraya bersama insan yang aku sayangi. Semoga perjalanan kami diberkati oleh Allah swt dan diberi perlindungan agar selamat sampai ke setiap destinasi. Amin.

Salam Aidlfitri dari kami sekeluarga buat semua yang mengenali diri ini. Berhati-hati dijalan raya. Jangan lupa bayar zakat fitrah tahun ini...Amin.