A.D.A

Kemaskini : 20 Ogos 2011

ADA ditambah baru dengan kelahiran Ahmad Darwish Aryan bin Ahmad Azahari pada 11 Jun 2011 jam 11.11pagi di Hospital UMRA Shah Alam, Selangor.

Ahmad Darwish Aryan atau lebih gemar digelar Aryan/ Darwish atau nama singkatannya Deq Yan dilahirkan dengan berat sebanyak 3.48kg. Ahmad bermaksud singkatan nama Nabi Muhammad, Darwish bermaksud Ahli Sufi dan Aryan bermaksud Penuh Kekuatan. Itulah nama yang diberi oleh aku dan isteri untuk anak lelaki kedua ini. Kali ini, aku dapat menyaksikan dan melihat sendiri kelahiran anakku yang kedua ini.



Dari awalnya, aku dan isteri sering membuat pemeriksaan di hospital swasta dan target untuk aku melihat sendiri proses kelahirannya. dilahirkan dengan normal dan sempurna, tidak mengambil masa yang lama untuk melahirkan dan habiskan proses kelahiran itu.

Kini, Aryan sudah berumur 2 bulan 9 hari pada tarikh harini. Masih sama, aku sering mengambil gambarnya setiap hari sehingga genap setahun seperti abgnya kini yang berumur 1 tahun 8 bulan. Tahun ini, kami akan beraya berempat pula. Isteriku kini masih didalam cuti selama 3 bulan dan akan mula bekerja pada minggu kedua Syawal nanti. Kali ini, dia ambil keputusan untuk menyusu badan untuk Aryan sehingga mana dia memerlukan.

Aku bersyukur kerana kini kami berempat sudah. Dan aku dan isteri juga nampak setiap anak yang dilahirkan itu ada rezeki yang Allah swt berikan.Alhamdulillah aku sangat bersyukur kepadaNya. Apapun, Syawal kali ini kami sekeluarga sudahpun membuat baju warna sedondon untuk semua. Selamat jalani ibadah puasa dan Salam Aidilfitri yang bakal tiba.


________________________________________________________________________________

Pengenalan ADA

Azahari, Diana & Amsyar
Namaku ; Ahmad Azahari Mohd Nazar
Gelaran : Azahari

Nama Isteriku ; Molly Diana Lim binti Mahzan
Gelaran : Diana

Nama Anak Lelakiku; Ahmad Danish Amsyar bin Ahmad Azahari
Gelaran : Amsyar

Azahari + Diana = Amsyar (ADA).......................Kamilah ADA (hahaha, mcm superhero lak)
______________________________________________________

Dalam ruangan kali ini, aku saja nak membuat sesi pengenalan keluargaku sendiri. Kalau dah terang tentang keluarga besar dalam Kisah Hidupku, takkan pula x terang tentang keluarga kecil (bermula dari aku, bila dah kahwin la).

Aku (Ahmad Azahari bin Mohd Nazar)

Azahari di FSSR, UiTM
Ketika aku belajar di UiTM Shah Alam dulu, pernah ada soalan padaku tentang masa depanku, perkahwinanku, kerja aku dan anak-anakku akan datang. Aku disoal dengan soalan; Bila aku nak kahwin? Nak kerja apa/ Ko nak jadi apa? Anak nak berapa?
Dengan selamber dan yakin aku menjawab, "Aku nak kahwin bila cecah umur 28 tahun. Sebelum umur 30 tahun, aku dah beli rumah sendiri dan aku dah ada seorang anak. Aku harap anak aku dapat buat team bola (ramai tuh) serta aku nak jadi seorang designer atau tenaga pengajar untuk mengajar anak bangsaku sendiri agar mereka sedar akan kepentingan pendidikan". Jawapan tu memang dah aku simpan dari dulu lagi (x ingat bila) walaupun aku xpunya calon nak kahwin, tak tahu tentang cita-citaku dan belajar pun tak abis lagi. Ada orang kata gatai la, tapi aku yakin, aku boleh sampai dan kecapi matlamat itu. Itulah matlamat jangka panjang aku disamping yang lain (byk lagi matlamat...pendek dan panjang). Matlamat atau Impian? Terpulang pada persepsi masing-masing.

Azahari Darjah 2
Berbanding pula, bila melihat kembali report kad aku semasa Darjah 1 dulu (masih ada lagi), dimana cita-citaku ada 3 (zaman dulu2, dlm report kad mesti tulis tiga) iaitu pertama; ingin menjadi seorang peguam (sebab minat tengok depa pandai cakap), kedua; menjadi seorang professor (time dulu hanya tau prof yang dok kaji benda2 reka benda baru) dan ketiga; menjadi seorang penyanyi (minat nyanyi lagu 'Kain Pelikat' kut). Aku rasa matlamat aku masa dulu dan sekarang mungkin tak jauh beza dengan pendirianku kini.
Kini aku masih suka bercakap, berdebat tentang pendirianku, aku juga ada target menjadi Prof dalam bidang Industrial Design (bila dah masuk line education ni, mesti nak punya!) dan aku masih suka menyanyi (aku tau suara aku sedap...perasan). Mungkin sebab aku memang dirku dan inilah diriku. Siapa yang mengenaliku, akan kenal siapa diriku. Bila nak cerita tentang ADA.....?

Maaf, terlanjur dalam penulisan ini. Kita masuk balik.
ADA....Ahmad Danish Amsyar...hahaha...nama anak aku. ADA = Azahari + Diana + Amsyar. Kalau ada anak lain...lain cerita di blog ni (nanti update la).

Isteriku (Molly Diana Lim bt Mahzan)

Molly Diana Lim binti Mahzan nama diberi. Itulah seorang wanita yang ku kahwini atas dasar cinta dan sayang. Aku berkahwin (tengok kad nikah jap..) pada 8 Disember 2007. Masa tu umurku baru 26 tahun. Opss...aku tercepat dari matlamatku...Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi aku bertemu jodoh dengannya sejak permulaan pertemuan perasaan kami bermula tahun 2004.Tak perlulah aku menceritakan bagaimana dan dimana. Pokoknya, pertemuan atas satu platform persatuan yang kusayangi iaitu GPMS Cawangan Khas UiTM Shah Alam. Itu sebabnya, siapa yang mengganggu GPMS UiTM Shah Alam, akan kuanggap pemusnah bagi keluargaku. Nak tahu tentang aktivitiku dengan GPMS UiTM Shah Alam, boleh ke laman web http://cvahmadazahari.blogspot.com/2010/08/my-lovely-gpms.html.

Kenal dan berkawan boleh kata lama, dalam pengajianku tahun akhir, mungkin bermula tahun 2003. Masih ingat dalam ingatanku dimana, aku meminta perjelasan tentang hubungan, kerana aku tak nak hanya aku bertepuk sebelah tangan. Pada tahun 2004, di tempat dan masa yang strategik, suasana yang tenang, ungkapan jawapan perjelasan diberikan. Memang aku tidak bertepuk sebelah tangan. Lantas, aku berhasrat ingin menjadikan dia isteriku. Aku hanya perlu menunggu dia habis pengajiannya, kerana itu yang aku nak dia tumpukan. Kami bertunang hanya 4 bulan bermula pada Ogos 2007 selepas berkawan selama lebih kurang 3 setengah tahun. Molly Diana Lim atau panggilan manjanya, Sayang sering memberi dorongan dan sokongan untukku dalam hidupku. Aku masih ingat lagi, ketika aku kerja freelance dan part time tutor di UPM, aku sangat sempit untuk berbelanja. Dia lalui bersamaku, hari2 kami makan nasi lemak RM1 atau roti kosong kat kedai mamak Hakim. Kami saling bantu membantu ketika memerlukan. Motor kesayangan ku turut memberi penuh makna sewaktu bersama dia.

Anak bongsu kacukan Melayu dan Cina ini bersal dari Skudai, Johor Bahru. Molly Diana Lim seorang yang manja, comel dan tulus dalam aspek kasih sayangnya padaku. Dia sentiasa bersamaku ketika aku susah atau senang. Dia suka memberikan pandangan yang bernas ketika membuat pilihan, cuma kadang-kadang aku sengaja degil nak dengan keputusanku...maklumlah kuasa vektor....hahaha. Tapi kami sentiasa bertolak ansur atas segala tindakan. Dalam aspek kekeluargaan, dia sangat bertanggungjawab, tegas nakkan sesuatu dan kadang kala suka buat-buat merajuk agar aku melayan kerenahnya. Tapi aku tetap aku, kadang kala dia terasa dengan kata-kataku. dia kata aku tak pandai pujuk. Aku memang tak pandai pujuk, itu bukan profession ku.

Molly dengan pakaian
seragam kerjanya
Antara aspek lain dalam dirinya ialah faktor kerohaniannya. Dia tegas dengan apa yang patut buat dan yang patut dibuat. Kadang-kadang terlalu spesifik nak kan sesuatu. Dia ada prinsip sendiri. Suka bergaul dengan orang, mudah ramah, suka membuat suatu perkara yang baru (buat roti sendiri, cup cake, dadih, air soya dll). Apa yang aku suka tentangnya adalah senyumannya. Kalau sehari dia tak senyum padaku, itu boleh mendatangkan marah bagiku. Tidak dapat disini aku memperkatakan lebih lanjut tentang dirinya (takut terlebih pula). Perkara yang akan aku ingat tentang dirinya bila dijelaskan dengan ringkas, aku akan ingat  perkara ini ; arnab (cici, didi), lulu (anak patung blue hyppo), motor, kereta, langkawi, ledang, GPMS, kucing (Simba dan Puteh), Putrajaya, susu lembu segar, sayur, nasi lemak RM1 dan lain-lain (update dari masa ke semasa)

Kini dia menjadi isteriku yang berjaya dengan tugas dalam bidangnya sendiri. Dia bertugas di Bangunan Darul Ehsan sebagai Penolong Pegawai Perangkaan di Jabatan Statistik Negeri Selangor. Aku bangga dengannya sebagaimana aku lihat setiap pencapaiannya dalam bidangnya sendiri. Kecekalan hatinya mendorongku jua untuk berkongsi kejayaan bersamanya. Aku cuma berharap agar dia cekal hadapi segala rintangan yang datang dan sentiasa memberi sokongan padaku jua seperti mana yang dia lakukan selama ini.

Terima kasih sayangku, Molly Diana Lim bt Mahzan.

Anakku (Ahmad Danish Amsyar bin Ahmad Azahari)

Kandungan Molly
10 bulan
Selepas dua tahun aku berkahwin, kami dikurniakan seorang cahayamata dari Allah swt. Aku bersyukur aku dikurniakan seorang anak lelaki zuriatku sendiri dari isteri tersayangku, Molly Diana Lim bt Mahzan. Walaupun rehat setahun selepas isteriku keguguran, kami tetap merancang untuk mendapatkan zuriat. Tidak mungkin kulupa peristiwa lepas, namun aku taknak meceritakan halnya disini. Cukuplah, aku sekadar bersyukur kepada Allah swt kerana memberi peluang kepada kami untuk menimang dan membesarkan anak ini.

Ahmad Danish Amsyar adalah nama yang diberi oleh kami kepada insan kurniaan Allah swt ini. Nama Ahmad diberi kerana kami telah sepakat untuk meletakkan nama depan Ahmad bagi anak lelaki kerana namanya sama sepertiku. Ahmad juga adalah gelaran bagi nama Nabi Muhammad saw. Nama Danish pula, diambil dari nama isteriku, Diana. Memang hasrat kami untuk memberi gabungan huruf A dan huruf D bagi nama anak kami. Danish dalam bahasa Arab bermaksud Bijaksana. Dan nama Amsyar pula bermaksud cerdas dan cergas. Kami memilih nama ini untuk dijadikan nama anak kami kerana sejak dari dalam kandungan unienya lagi, apabila meningkat ke 6 bulan tumbesaran, dia makin cergas berpusing dalam perut umienya itu. Banyak gambar dan video diambil semasa dalam kandungan memperlihatkan wataknya yang amat cergas. Semasa masih dalam kandungan, setiap kali berjumpa doktor pun sama juga akan diperkatakan begitu oleh doktor. Jadi, berkenan lah kami dengan nama yang diberi.

Tidak cukup dengan itu, selepas kelahiran Amsyar, dia juga begitu aktif sehingga kini. Methabolisma badannya seperti, yang akan berpeluh bila aktif betul dan tidur secukupnya bila perlu. Cukup mudah menjaganya dari sebelum lahir dan selepas lahir. Teringat aku, tatkala doktor Dato' Prof Dr. Hamid Arshat mengesahkan anakku itu songsang dan kami kena refer dengan doktor pakar di PPUM, dalam keadaan nak diterbalikkan semula, dengan tidak langsung, anakku berpusing sendiri tanpa diusik sekalipun. Pada masa itu, aku dah siap dengan kelengkapan, takut terjadi apa-apa, akan dipaksa lahir pada hari tu juga. Tapi selepas setengah jam, isteriku boleh keluar bilik dan disuruh balik untuk tunggu beranak normal. Bagi kami, pasangan baru yang tidak pernah memiliki anak, sangat terperinci tentang penjagaan makan dan minum untuk isteriku. Aku juga terpaksa mengawal langkahku supaya tidak terlebih cakap atau perbuatan. Maklumlah, kita Melayu penuh dengan adab sopan dalam segala aspek. Takut perkara negatif berlaku atas perbuatan kita sendiri.

Tanggal 10 Dis 2009
Tanggal 10 Disember 2009, anakku dilahirkan dan ditempatkan di Katil No.2, Wad Bersalin, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) setelah 24 jam 35 minit aku menunggu isteriku dalam wad bersalin di tingkat bawah. Dari 7.30pagi semalamnya hingga tepat jam 8.05pagi, isteriku melahirkan nya. Keaadaan menjadi lama sebab menunggu bersalin normal. Isteriku kata, sekejap je dia nak keluar bila dah ada kontraksi, cuma yang lamanya tunggu sebab tidur dan menunggu kontraksi sahaja. Namun, memang pengalaman itu membuatkan aku berbangga dengan isteriku. Aku teringin nak masuk dan melihat depan mata kelahiran anakku, tetapi apa kan daya, pihak hospital tak membenarkannya atas sebab kes isteriku lain sikit berdasarkan keguguran sebelum ini. Jadi, terjadilah pengalamanku dimana aku menjadi penghuni sehari semalam menunggu di luar wad bersalin, sambil menyaksikan seorang demi seorang bapa yang tunggu diluar mendapat anak mereka. Wajah senyuman mereka cukup memperlihatkan kegembiraan. Dalam hatiku tetap berdoa supaya anakku dan isteriku selamat. Aku bersyukur mempunyai keluarga dan kawan yang memberi sokongan telefon, SMS serta datang ke hospital menemaniku.

Slip pemeriksan bayi di PPUM
Pada jam 8.15pagi, aku diberitahu oleh jururawat yang anakku telah dilahirkan pada jam 8.05pagi tadi. Aku sempat sujud syukur menandakan sangat bersyukur kepada Allah swt. Aku segera dipanggil untuk memeriksa dan mengazankan anakku. Saat kusentuhnya, aku terasa bersyukur kerana anakku sihat, lengkap dengan anggota badan dan kakinya serta jari jemari yang halus. Aku memandang matanya dan memanggil 'baby', lantas dia terus membuka matanya melihatku. Jururawat disebelahku memberitahu, anak zaman sekarang cukup zat sebab boleh buka mata terus melihat dunia bila lahir. Pertama kali mengangkatnya, tanganku menggeletar kerana risau akan kelembutannya. Namun, kugagahi jua dan dengan bangganya, aku mengazankan anakku disebelah telinga kanannya, dan qamat disebelah kiri tenganya. Selepas azan dan qamat, aku berpesan kepadanya supaya menjadi seorang yang soleh, taat dan jadilah bangsa Melayu yang sedar. Bagiku ungkapan bisikanku itu cukup penuh makna bagi mereka yang mengertinya. Alhamdulillah, ungkapan akhir bisikanku sambil mencium dahinya. Inilah saat yang takkan kulupa tatkala memandang wajahnya. Bila keluar wad, terdetik difikiranku membayangkan bagaimana kedua wajah ibubapaku dulu menatapku. Aku segera berdoa mengucapkan kesyukuran kepada Allah, kerana ibubapaku melahirkan aku. Amin.

Ahmad Danish Amsyar, 238 hari (7 bulan 24 hari)
Ahmad Danish Amsyar dilahirkan seberat 2.94kg dan panjangnya 49cm serta ukur lilitan kepalanya hanya 32cm sahaja. semasa lahir. Semasa penulisan ini dibuat (19/8/10), kini Amsyar berumur 253 hari iaitu lebih kurang 8 bulan 10 hari. Aku sangat detail dalam melihat perkembangan anakku ini. Sejak dari lahir, x kurang dari 10 keping gambar sehari mesti kuambil hingga kini. Aku tak pernah miss lagi untuk mengambil gambar perkembangannya. Aku bersyukur, perkembangannya normal dan aktif seperti bayi lain. Kini sudah 8 bulan, anakku diperingkat meniarap dan nak mula merangkak dan sudah pandai duduk. Suaranya dah mula suka membebel memperkatakan sesuatu. Pertumbuhan giginya mula kelihtan 2 batang dibahagian bawah. Aku menggelarkan diriku sebagai Daddy dan isteriku sebagai Umie. Ramai yang berkata, gabungan nama yang tak kena, tapi banyak maksudnya bagi kami. Semenjak kelahirannya, banyak nama yang diberi dan dipanggil secara tak sengaja malahan manja bagi kami iaitu; Amsyar (nada dipanjangkan 4 harakat), Dada dan ChaCha. Cucu sulong kedua-dua belah keluargaku ini banyak memberi kebahagiaan dalam kehidupan kami sekeluarga. Ibubapaku digelar Opah dan TokWan. Lantas adik-adikku dapat pangkat Mak Long, Mak Su, Mak Am, Pak Cik dan Pak Lang. Ibu bapa mertuaku pula digelar Mak Tok dan Atok Ahkong. Abang iparku pula digelar Pak Ngah. Begitulah masing-masing punya gelaran.


ADA melawat Singapore Zoo
Kini, hidup aku dan Molly kian bahagia disamping Amsyar tersayang. Kami sering bertiga kemana-mana kami pergi. Byk tempat baru kami lawati bersamanya. Semenjak kelahirannya, kami banyak mempersiapkan barangannya dan selalu memikirkan tentang setiap kali kemana-mana. Kami tidak gunakan buaian kerana pada kami cukup susah dibuaikan dan kami tak melatihnya tido berdodoi. Dari kecil, Amsyar sangat senang dijaga. Nak tidur, hanya tepuk dan baringkannya diatas tilam sahaja. Nak main, letak mainan, main bersama. Kaedah dukung hanya dilakukan sekali sekala sahaja. Hasilnya, kini dia tahu masa tidurnya dan tahu bagaimana nak main sendiri. Dia tahu bila nak main dengan walkernya dan mcm2 lagi. Aku nak beri peluang kepadanya belajar sendiri dari pengalamannya. Kami akan sedaya upaya cuba memahaminya. InsyaAllah, aku dan isteriku akan pantau akan jatuh bangunnya dia menjadi insan di dunia ini selagi kami ada. Kerana aku bersyukur atas kurniaan Allah swt ini pada kami. Aku bersyukur punyai anak yang comel seperti Ahmad Danish Amsyar.

Matlamatku, aku ingin menyambung pengajianku (PhD) bersama isteriku (Master) disamping Amsyar di luar negara sebelum dia mencecah 5 tahun. Ini kerana aku nak dia bersekolah di negaranya sendiri. Jika tak sampai matlamat itu, aku yakin Tuhan akan memberiku peluang dengan jalan yang lain (mungkin lebih baik). Aku cuma berharap anakku, Ahmad Danish Amsyar akan menjadi seorang insan yang soleh, taat dan sedar akan bangsa agama nya sendiri. Tahu akan penat lelah dan balas jasa umienya dan tahu akan asal usulnya supaya dapat berbakti pada semua. Amin