Alhamdulillah, sekali lagi kami sahabat anakledang serta sebilangan besar alumni GPMS UiTM Shah Alam tahun 2000an ke atas dipertemukan dalam semua majlis yang riang meriah di Intekma Resort pada 20 Ogos 2011. Pertemuan ini adalah rentetan untuk menubuhkan KAGUM atau namanya Kelab Alumni GPMS UiTM Malaysia yang akan diumumkan secara rasmi oleh ahli jawatankuasa khas sementara yang dilantik.
|
Aku dan isteriku, Molly Diana Lim Mahzan serta anak-anak, Ahmad Danish Amsyar dan Ahmad Darwish Aryan turut sama hadir ke majlis ini. |
Pertemuan kali ini juga mengumpulkan semua barisan alumni samada mantan2 exco yang terdiri daripada mantan exco 30 hingga ke 38. Wakil Exco 38 juga dijemput bagi mendorong Kelab ini berjalan bersama GPMS UiTM Shah Alam. Majlis ini juga menemukan sebilangan besar alumni yang lama tidak berhubung atas faktor kerja dan tugas harian. Moga kelab ini akan mencapai objektifnya untuk membantu mereka yang memerlukan.
|
Sesi fotografi semua yang hadir dan ERA yang terlibat |
Majlis ini juga diserikan dengan tayangan slide gambar yang memaparkan aktiviti dan program2 yang terlibat sambil menikmati juadah berbuka puasa dari Catering Intekma Resort. Majlis diteruskan lagi dengan solat Maghrib berjemaah di surau Intekma Resort dan disambung dengan ucapan alu-aluan oleh mantan YDP Exco 30, Saudara Akmal Dahalan yang merupakan tunggak belakang kejayaan majlis ini. Majlis turut diserikan dengan cabutan bertuah yang diadakan atas sumbangan syarikat2 mantan2 yang terlibat dan penyampaian sumbangan derma buat ahli yang sangat memerlukan bantuan. Moga di bulan yang rahmat ini, perjalanan KAGUM turut dilimpahi rezeki dan rahmat. Allah swt sahaja yang mampu membalas jasa sahabat sekalian atas perjuangan yang belum selesai ini. Majlis juga diabadikan dalam sesi fotografi semua yang hadir dan sesi fotografi antar barisan2 ERA serta mantan jawatan-jawatan yang disandang. Akan datang diharapkan, KAGUM akan merealisasikan objektif yang dinyatakan dalam pertemuan aktiviti dan program akan datang.
|
Sekitar majlis tersebut |
Majlis yang santai tetapi membuahkan hasil yang mantap dan objektif yang tercapai. Itu sahaja yang boleh aku ucapkan pada majlis itu. Moga sahabat sekalian akan terus bersama dalam KAGUM untuk bergerak sebagai wadah jalan perjuangan anak bangsa. Akhir kalam, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur kerana berjaya menjayakan majlis ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan