Selasa, Ogos 23, 2011

Diorama Kemerdekaan 2011

"Di bawah satu bendera, kita bina jiwa merdeka. Mari sama-sama kita mengibarkan Jalur Gemilang kebanggaan kita rakyat Malaysia"

Dalam bulan Ogos, bulan kemerdekaan, aku sering cuba menjiwai jiwa merdeka dengan mengibarkan Jalur Gemilang. Dengan ini, aku dan keluarga ingin mengucapkan ucapan Salam Kemerdekaan buat semua pembaca. Khas buat kalian semua ;

Diorama Kemerdekaan 2011

Ahmad Azahari & Molly Diana Lim serta anak-anak,
Ahmad Danish Amsyar dan Ahmad Darwish Aryan
 
Dan kini aku jadikan anak sulungku, Ahmad Danish Amsyar sebagai model Kemerdekaan Tahun 2011 ini agar gambar ini abadi dan tersemai dalam jiwanya sebagai Anak Merdeka.
Bapa Kemerdekaan, Tokoh Gemilang...Melahirkan Anak Merdeka

 
Kibarkan Jalur Gemilang
Menjiwai Bulan Kemerdekaan

Marilah sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang untuk menandakan kita bersyukur akan negara yang aman damai ini. Bagi tahun 2011 ini, keretaku tidak lagi direntangkan seperti tahun-tahun sebelum ini. Aku masih mencari posisi yang sesuai utk direntangkan atas bonet depan seperti pada kereta aku (Proton Wira) sebelum ini. Kini, keretaku (MPV Eastar) yang belum setahun jagung pun lagi tu hanya mengibarkan 2 Jalur Gemilang kecil di atas bumbung. Masih ada masa lagi untuk aku fikirkan caranya. InsyaAllah.Marilah sama-sama kita mengibarkan Jalur Gemilang. Merdeka, Merdeka, Merdeka..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan