Khamis, Ogos 25, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H/2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Salam Syawal 1432H/2011


Dalam rahmat bulan mulia
Terhampar hikmah kurnia Yang Esa
Bersama kita meraikannya
Dalam keinsafan dan ketaqwaan
Mengharap kebahagiaan selamanya

Lalu dihimpun sepuluh jari
Menohon kemaafan selama ini
Andai terguris rasa di hati
Bersamalah kita saling memaafi
Moga hidup ini terus diberkati

Ingatan Tulus Ikhlas, Maaf Zahir dan Batin Dari;




Ahmad Azahari Mohd Nazar dan isteri tercinta, Molly Diana Lim Mahzan
serta anak-anak tersayang, Ahmad Danish Amsyar & Ahmad Darwish Aryan

Pensyarah, Industrial Design Department, FSSR, UiTM Shah Alam
Pengetua, Kolej Kediaman Meranti, UiTM Shah Alam
Pengetua, Kolej Kediaman Seroja, UiTM Shah Alam
Penasihat Persatuan, GPMS Caw. Khas UiTM Shah Alam
_______________________________________________________________________

Beraya Dimana?

Tahun ini InsyaAllah kami sekeluarga akan beraya di Skudai (JB), Muar (Johor),
Baling (Kedah) dan Pdg Gajah, Trong (Perak)
Mulai bercuti dari 27 Ogos hingga 5 September 2011

Selasa, Ogos 23, 2011

Diorama Kemerdekaan 2011

"Di bawah satu bendera, kita bina jiwa merdeka. Mari sama-sama kita mengibarkan Jalur Gemilang kebanggaan kita rakyat Malaysia"

Dalam bulan Ogos, bulan kemerdekaan, aku sering cuba menjiwai jiwa merdeka dengan mengibarkan Jalur Gemilang. Dengan ini, aku dan keluarga ingin mengucapkan ucapan Salam Kemerdekaan buat semua pembaca. Khas buat kalian semua ;

Diorama Kemerdekaan 2011

Ahmad Azahari & Molly Diana Lim serta anak-anak,
Ahmad Danish Amsyar dan Ahmad Darwish Aryan
 
Dan kini aku jadikan anak sulungku, Ahmad Danish Amsyar sebagai model Kemerdekaan Tahun 2011 ini agar gambar ini abadi dan tersemai dalam jiwanya sebagai Anak Merdeka.
Bapa Kemerdekaan, Tokoh Gemilang...Melahirkan Anak Merdeka

 
Kibarkan Jalur Gemilang
Menjiwai Bulan Kemerdekaan

Marilah sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang untuk menandakan kita bersyukur akan negara yang aman damai ini. Bagi tahun 2011 ini, keretaku tidak lagi direntangkan seperti tahun-tahun sebelum ini. Aku masih mencari posisi yang sesuai utk direntangkan atas bonet depan seperti pada kereta aku (Proton Wira) sebelum ini. Kini, keretaku (MPV Eastar) yang belum setahun jagung pun lagi tu hanya mengibarkan 2 Jalur Gemilang kecil di atas bumbung. Masih ada masa lagi untuk aku fikirkan caranya. InsyaAllah.Marilah sama-sama kita mengibarkan Jalur Gemilang. Merdeka, Merdeka, Merdeka..


Ahad, Ogos 21, 2011

Majlis Berbuka Puasa & Pelancaran Kelab Alumni GPMS UiTM Malaysia (KAGUM)

Alhamdulillah, sekali lagi kami sahabat anakledang serta sebilangan besar alumni GPMS UiTM Shah Alam tahun 2000an ke atas dipertemukan dalam semua majlis yang riang meriah di Intekma Resort pada 20 Ogos 2011. Pertemuan ini adalah rentetan untuk menubuhkan KAGUM atau namanya Kelab Alumni GPMS UiTM Malaysia yang akan diumumkan secara rasmi oleh ahli jawatankuasa khas sementara yang dilantik.

Aku dan isteriku, Molly Diana Lim Mahzan serta anak-anak, Ahmad Danish Amsyar dan Ahmad Darwish Aryan turut sama hadir ke majlis ini.

Pertemuan kali ini juga mengumpulkan semua barisan alumni samada mantan2 exco yang terdiri daripada mantan exco 30 hingga ke 38. Wakil Exco 38 juga dijemput bagi mendorong Kelab ini berjalan bersama GPMS UiTM Shah Alam. Majlis ini juga menemukan sebilangan besar alumni yang lama tidak berhubung atas faktor kerja dan tugas harian. Moga kelab ini akan mencapai objektifnya untuk membantu mereka yang memerlukan.
Sesi fotografi semua yang hadir dan ERA yang terlibat

Majlis ini juga diserikan dengan tayangan slide gambar yang memaparkan aktiviti dan program2 yang terlibat sambil menikmati juadah berbuka puasa dari Catering Intekma Resort. Majlis diteruskan lagi dengan solat Maghrib berjemaah di surau Intekma Resort dan disambung dengan ucapan alu-aluan oleh mantan YDP Exco 30, Saudara Akmal Dahalan yang merupakan tunggak belakang kejayaan majlis ini. Majlis turut diserikan dengan cabutan bertuah yang diadakan atas sumbangan syarikat2 mantan2 yang terlibat dan penyampaian sumbangan derma buat ahli yang sangat memerlukan bantuan. Moga di bulan yang rahmat ini, perjalanan KAGUM turut dilimpahi rezeki dan rahmat. Allah swt sahaja yang mampu membalas jasa sahabat sekalian atas perjuangan yang belum selesai ini. Majlis juga diabadikan dalam sesi fotografi semua yang hadir dan sesi fotografi antar barisan2 ERA serta mantan jawatan-jawatan yang disandang. Akan datang diharapkan, KAGUM akan merealisasikan objektif yang dinyatakan dalam pertemuan aktiviti dan program akan datang.

Sekitar majlis tersebut
Majlis yang santai tetapi membuahkan hasil yang mantap dan objektif yang tercapai. Itu sahaja yang boleh aku ucapkan pada majlis itu. Moga sahabat sekalian akan terus bersama dalam KAGUM untuk bergerak sebagai wadah jalan perjuangan anak bangsa. Akhir kalam, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur kerana berjaya menjayakan majlis ini.

Salam Aidilfitri 1432 Hijrah dan Salam Kemerdekaan 2011

Di Kolej Meranti UiTM Shah Alam juga, saya berkesempatan melahirkan rasa lebaran 1432Hijrah  yang hampir tiba dengan mengabadikan Salam Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan dalam sesi bergambar pra raya di sekitar Kolej Meranti pada minggu yang lalu. Di kesempatan ini juga, saya dapat beramah mesra dan melihat telatah semua di sesi fotografi tersebut.

Dalam kesempatan ini, saya dan barisan warga kerja Pengurusan Kolej Meranti juga mengucapkan;

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 Hijrah
&
Salam Kemerdekaan Tahun 2011
yang bakal tiba
 
Buat Semua Warga UiTM Shah Alam dan pembaca
Maaf Zahir & Batin
 
Salam Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan 2011/1432Hijrah
Warga kerja Kolej Meranti UiTM Shah Alam

 

Salam Aidilfitri dari Kolej Seroja UiTM Shah Alam

Setelah 6 bulan berkhidmat sebagai Pengetua Kolej Seroja, saya berkesempatan abadikan kenangan para Syawal bersama warga kerja Pengurusan Kolej Seroja UiTM Shah Alam. Sungguh bermakna sesi fotografi ini yang mengumpulan semua staf. Terima kasih pada semua yang menjayakannya.

Di kesempatan Syawal bakal tiba ini, saya dan seluruh warga kerja Pengurusan Kolej Seroja UiTM Shah Alam mengucapkan ;

Salam Aidilfitri 1432 Hijrah
Buat Semua Warga UiTM Shah Alam
dan semua pembaca

Maaf Zahir & Batin

Salam Aidilfitri dan Salam Lebaran Syawal 1432 H

Warga kerja Pengurusan Kolej Seroja UiTM Shah Alam

Warga kerja Pengurusan Kolej Seroja UiTM Shah Alam

Sabtu, Ogos 20, 2011

Lama Sudah Tidak Ber-Blog

Hampir setahun blog aku ini tidak diusik dan dikemaskini. Banyak perubahan kehidupan yang kualami dalam setahun lepas. Last blog ku update utk paparan Aidilfitri 2010 dan kini hampir tiba Aidilfitri 2011 pun masih tidak dikemaskini.

Secara ringkasnya, bukan aku tak ingin berblog dan kemaskini yang baru, cuma masa ku kini banyak dihabiskan dengan kehidupan kerja dan bersama keluarga yang sudah bertambah. Aku cuma mencatatkan perubahan apa yang berlaku dalam kehidupanku selepas Aidilfitri 2010 lepas.

2010 -SEPTEMBER
  • Raya Aidilfitri 2010/1431
  • Pertandingan IIDSE 2011, Produk e-Bazz menerima pingat Silver atas kemenangannya.
2010-OKTOBER
  • Pertandingan Rekacipta di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Produk Agricutter dapat mewakili UiTM. Xdpt memenangi apa2 pingat.
  • MFPC Furniture Seminar pada 07/10/10
  • Jamuan Raya Felo Kolej Puncak Perdana pada 09/10/10
  • MTIB ExhibitionKL pada 22/10/10
  • Kami sekeluarga ke Port Dickson-Isteri berkursus, aku dan Amsyar bercuti.
  • Aktiviti Riadah bersama famili- Jalan2 tasik Shah Alam, main basikal dan balik KL.
  • 11 Oktober 2010-Isteriku disahkan mengandung anak kedua...
2010-NOVEMBER
  • Ke Kolej Syahputra, Pahang- Menjadi Moderator Penilaian Projek Diploma
  • Penilaian Akhir Projek Pelajar Degree Industrial Design (IDE) UiTM Shah Alam
  • Malam Pra Graduan FSSR
  • Majlis Korban Aqiqah Puncak Perdana 2010M1431H pada 20/11/10
  • Kursus Penyelidikan RMI FSSR pada 22/11/10
  • Aktiviti riadah bersama familiku- Jalan2 ke Mines, Pot Luck GPMS, jln2 tasik, kenduri kesyukuran Insyirah, anak Linda & Yusri
  • Kursus Induksi Kg Gajah pada 23/11/10 hingga 05/12/10- Ini time yang paling lama aku tinggalkan isteri dan anakku. Waktu ini juga aku apply utk sambung PhD dan aku juga dapat temuduga jawatan Pengetua oleh Dato TNC. Tp semuanya ku tinggalkan untuk berkursus dahulu.
2010-DISEMBER
  • Setelah pulang dari berkursus, aku dan famili mengadakan Majlis Kesyukuran & Ulangtahun Kelahiran anak kami, Ahmad Danish Amsyar yang berumur genap 1 tahun pada 11 Disember 2010. Hari ini juga dibuat doa selamat bagi raikan perkahwinan saya dan isteri yang genap 3 tahun.
  • Kursus Handling AV_SLR pada 9 & 10/12/10
  • Mesyuarat Halatuju Strategik P.Alam & P.Perdana di Tiara Beach Resort, Port Dickson pada 14 hingga 16/12/10
  • Bengkel Pemantapan Penyelidikan pada 21/12/10
2011-JANUARI
  • 31 Disember 2010 hingga 2 Januari 2011-Kursus TOT Fasilitator KI FSSR di Klana Resort, Seremban. Mula ditauliah kali kedua menjadi Fasilititator UiTM.
  • Family Day FSSR pada 15/01/11
  • Produk LeSong & T-Saji terpilih untuk peingkat akhir pertandingan Peraka Muda MRM dan kena buat pembentangan pada hakim pada 27/01/11
  • Industrial Design Camp RockResort, Ulu Yam pada 29 hingga 30/01/11
  • Jalan2 Genting Highland Indoor pada 30 hingga 31/01/11 selepas ke camping IDE.
  • Bulan Januari ini juga aku dapat jawatan Pengetua di Seroja dan dikehendaki lapor diri di Seroja pada 1 Feb 2011.
2011-FEBRUARI
  • 1 Feb 2011-Melapor diri, melawat ke Kolej Seroja UiTM Shah Alam.
  • Menunggu nak ambil gambar di tepi jalan menantikan basikal2 dari KL dalam acara LeTourLangkawi di PuncakPerdana pada 01/02/11
  • Bercuti ke JB. Balik rumah mak mertua pada 1 hingga 5/02/11
  • Pergi ke Majlis Perkahwinan Helmi & Erda pada 06/02/11
  • SUKOL 2011 (Sukan Antara Kolej)-Aktiviti pertamaku selepas menjawat jawatan Pengetua Seroja.
  • Majlis Bacaan Yassin di Studio IDE pada 22/02/11
  • Hadiri Wacana Siri 2 oleh VC UiTM  pada 24/02/11
2011-MAC
  • Molly Masak Pau pada 04/03/11-terlalu banyak sampai makan berhari2.
  • Memenangi Pertandingan Rekabentuk Malaysia 2010-Produk LeSong dan T-Saji menang RM3k setiap satu. Di Hotel Blue Waves Shah Alam pada 3/3/11
  • Espirit DeCorp HEP 2011 di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam (Bukit Cherakah) pada 05/03/11
  • Majlis HiTea Persaraan Staf HEP di Hotel UiTM pada 08/03/11
  • Majlis Amanat TNC HEPA pada 09/03/11 di Dewan Annex, UiTM Shah Alam
  • Nature Walk Puncak Perdana di Taman Negara pada 11 hingga 13/03/11
  • Raikan Birthday isteri di Secret Recipe pada 14/03/11
  • Majlis Pertukaran PM Hanafiah di Intekma Resort pada 17/03/11
  • Majlis Good Bye Flying Kiss Seroja pada 18/03/11- Sambutan aku sebagai Pengetua Seroja
  • Menyaksikan Hot Balloon Festival di Putrajaya pada 19/03/11 dan jalan2 ke IOI Mall terus selepas itu.
  • Menghadiri Kursus IELTS utk persediaan PhD pada 26/03/11 di UiTM Perak dan terus jalan2 ke Lumut Perak.
  • Essential Presentation Skill MIDP di Penang pada 31/03/11
2011-APRIL
  • Dinner IDE di Auditorium FSSR pada 02/04/11
  • Shooting filem pendek tentang diri pereka MRM
  • Farewell Party utk aku sebagai PPP Puncak Perdana pada 07/04/11
  • Family Day Statistik di Ulu Yam pada 09/04/11
  • Pindah rumah dari Puncak Perdana ke Kolej Seroja pada 10/04/11
  • Mesyuarat Agong Tahunan GPMS Cwngan Khas uiTM Shah Alam ke kali 38 pada 10/04/11
  • Pelan Strategik HEPA RMK10_HEPA di Felda Trolak pada 15 hingga  17/04/11
  • Sambungan shooting MRM di Rumah Kak Yat pada 21/04/11
  • Taklimat PhD di Menara SAAS pada 26/04/11
2011-MEI
  • Bercuti ke Cameron Highland pada 30/4 hingga 01/05/11
  • Sebagai Moderator Shahputra untuk penilaian projek Diploma pada 03/05/11
  • Riadah famili ke IOI Mall Puchong pada 07/05/11
  • Riadah famili ke Dataran Shah Alam pada 08/05/11
  • Jusco Photogenic Baby Contest 2011 pada 22/05/11-Amsyar menang saguhati, hadiah hamper bernilai RM300 dari Baby KIKO dan Fisher Price
  • Terlibat dengan Assessment06 untuk sesi Jan-May2011
2011-JUN
  • Menyambut Birthday aku di Rumah Seroja pada 05/06/11
  • Anak keduaku lahir pada 11 Jun 2011 pada jam 11.11pagi (cantek tarikhnya). Berat 3.48kg. Lahir di UMRA Shah Alam.
  • Aku cuti seminggu. Urusan isteri berpantang.
  • Kursus Kepimpinan JPK Seroja pada 21 hingga 24/06/11
2011-JULAI
  • Hantar Anak2 dan isteri ke JB pada 11/07/11
  • Bermula 15/07/11, Aku ditukarkan menjadi Pengetua Meranti pula. Byk perkara di Seroja aku xdpt usahakan berikutan perkara tersebut.Namun aku berserah je.Mungkin ada rahmatnya berhijrah.
  • Kursus Kenegaraan BTN di Besut, Terengganu pada 14 hingga 18/07/11
  • GPMS ERA 20 di Kem Asahan, Gunung Ledang pada 18 hingga 21/07/11
  • Ambil semula anak2 dan isteri selepas balik dari Ledang pada 21/07/11
  • Terlibat dalam Konvensyen Pengetua Kolej Kediaman IPTA Peringkat Kebangsaan 2011 sebagai Koordinator Resolusi pada 29 hingga 30/07/11
2011-OGOS
  • Bulan Ogos ini bulan Ramadhan, bulan Puasa, jadi banyak jemputan berbuka di luar.
  • GPMS UiTM berbuka puasa dan sahur di rumah Seroja pada 6 hingga 7/08/11
  • Ambil gambar Pra Raya Staf di Seroja 2011 pada 12/08/11
  • GPMS UiTM Berbuka & Sahur di Rumah Sajen pada 12 hingga 13/08/11
  • Majlis Berbuka Puasa dengan Agong pada 10/08/11
  • Terlibat dengan PECIPTA Y&J Category Workshop pada 16/08/11-Menjadi fasilitator Rekabentuk
  • Ambil gambar Pra Raya Famili ADA pada 16/08/11
  • Ambil gambar Pra RayacStaf di Meranti 2011 pada 19/08/11
Inilah serba sedikit update aktivitiku seharian. Byk lagi yang aku tidak kemaskinikan.Tapi aku akan updatekan sedikit gambar dari masa ke semasa...
Sehingga kini aku masih memegang jawatan menjadi Pengetua Kolej Seroja (pemangku, disebabkan Pengetua Seroja takder lagi) dan Kolej Meranti. Namun, aku juga dalam mengemaskini aku punya peluang belajar PhD ke luar negara. Tapi sampai kini aku xdapat lagi calon supervisor dan lokasi belajar.Byk dugaannya yang kena ditempuhi.

Sampai sini dulu aku updatekan blog ni...Salam Ramadhan Al Mubarak pada semua.