Kisah Hidupku

Kepada semua : Profail ini ditulis dalam bentuk penulisan karangan dan pengkisahan pengalaman hidupku dari kecil. Sila layari laman web http://cvahmadazahari.blogspot.com/ untuk lebih lengkap tentang profail dan biodata aku.

Kelahiranku dan kehidupanku di Ulu Kinta
Azahari & Kakaknya
Azahari, 5 bulan
 Tanggal 5 Jun 1981, jam 9.30pagi aku dilahirkan di alamat Blok A-5-9, Kem Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Kem Polis? Ini kerana abah ku seorang anggota polis hutan ketika itu. Emakku pula hanya seorang suri rumah yang setahu aku menjalankan aktiviti jahit menjahit di rumah sahaja. Aku bersyukur kerana dilahirkan ke dunia ini dengan sempurna walaupun aku agak 'putih' di mata orang. Tapi inilah aku yang dijadikan Allah swt ke atas muka bumi untuk berbakti pada bumi tercinta ini. Aku yang dikatakan agak 'putih' kata emak ku adalah kerana aku dijemurkan di cahaya matahari setiap pagi untuk memulihkan aku dari demam kuning pada awal kelahiranku. 
  
Famili Azahari, 1983
Azahari & Kakaknya
Nyanyi Lagu 'Kain Pelikat'
Di Taman Dr, Ipoh













Pada ketika itu, aku hanya mempunyai seorang kakak yang lahir pada bulan April tahun sebelumnya. Kami hanya berempat termasuk mak dan abah sebelum kelahiran adikku pada tahun 1984. Aku boleh mengingati zaman kecilku dimana aku seorang yang 'sangat baik' hinggakan aku pernah diikat di tiang balkoni akibat 'kebaikanku'. Kehidupan di Kem Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta juga ada terpapar dalam memoriku dimana aku dimasukkan ke tadika, bermain basikal di padang tembak, bersiar-siar ke Taman Dr, Ipoh, pergi ke Super Kinta dan sikit-sikit tentang memori jiranku. Tadika, aku rasa aku aktif dengan pelbagai aktiviti, hinggakan aku dapat piala menang saguhati utk pakaian beragam. Bukan jadi apapun, cuma jadi seornag petani sahaja, itupun boleh menang. Teringat juga zaman dimana aku dan kakakku sering dipakaikan pakaian yang sama cuma warna berlainan. Untuk aku biru atau hijau, untuk kakak warna merah. Teringat juga dikala aku dan kakakku sering menyanyikan lagu Kain Pelikat nyanyian Anuar Zain dan siapa ntah aku tak kenal. Tapi mereka pun masih kecil ketika itu. Dari rumahku yang terletak di tingkat 5 juga banyak kenangan nak digambarkan. Aku dikenali semua jiran keliling rumah dan sering diambil oleh sebuah keluarga India di tingkat 6. Pendek kata, semua jiran-jiran seperti suka bermain denganku. Abah, ketika kami kecil, sering keluar masuk hutan menjaga sempadan negara daripada penceroboh. Maklumlah, seorang anggota polis hutan. Mungkin dari kecil kami memang rapat dengan emak, kerana abah selalu keluar masuk hutan dalam 3-4 bulan baru balik.

Azahari, Khalili & Noli
Adikku lahir pada Jun 1984, tatkala aku kurang mengingati kisah kelahiran adikku. Yang aku dapat ingat hanyalah, ketika di kampung Tok Wan, kami menonton kartun Pink Panther. Dalam bilik, emakku sakit nak melahirkan adik lelakiku yang pertama. Tapi aku masih ingat dimana adikku itu dari kecil memang seorang yang pendiam dan malu. Emak sering memakaikannya pakaian berwarna kuning. Sampai besar dah dapat adik kedua pun masih nak dipanggil adik. Tahun 1986, bila umurku 5 tahun, aku dapat seorang adik lelaki lagi yang lahir di tempat kelahiranku juga. Jauh perangainya berbanding adik ku yang pertama. Kenakalannya sejak kecil banyak menunjukkan perangai memberontak untuk dapatkan sesuatu. Aku teringat kisah dimana kami pergi ke Tambun bersama abah dan emak, dia menangis memberontak sambil duduk untuk dapatkan mainan kereta polis sampai pulang rumah. Terpaksa abah pergi kali kedua untuk membelinya selepas itu.

....akan bersambung lagi.