Rabu, September 22, 2010

Meriahnya Aidilfitri 1431H/2010

Salam Aidilfitri buat semua. Walaupun sudah lebih seminggu kita menyambut lebaran dan dah mula bekerja, masih terasa lagi sambutannya dikalangan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Selepas pulang dari kampung, kini mula untuk menziarahi sanak saudara terdekat dan rakan taulan berhampiran.



Keluarga aku meriah dengan kehadiran anakku yang mencecah umurnya 9 bulan pada raya pertama kelmarin. Aidilfitri kami kali ini meriah dengan tema warna baju yang sama. Pilihan semua pihak memakai dan meragakan warna merah bebenang emas membuatkan kami ingin mengambil gambar keluarga di luar. Kami memilih di Taman Bukit Jalil dengan suasana yang cerah dan sesuai untuk bergambar dengan berlatarkan keindahan taman serta landskap yang dibina mewakili negara negara di dunia.

Hasilnya, pada 16 September 2010 (Raya ke 6), kami bergambar bermula dari jam 4 petang hingga 7 malam di sana. Inilah sebahagian dari hasilnya. Terima kasih pada keluargaku yang menyokong idea ini.


 Salam Aidilfiti pada semua.

Isnin, September 06, 2010

Salam Aidilfitri 1 Malaysia

Salam Aidilfitri yang bakal menjelma.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H bersamaan tahun 2010. Maaf Zahir dan Batin. Dengan ingatan tulus ikhlas dariku, Ahmad Azahari dan keluarga tersayang. Semoga dengan warkah ini sebagai tanda pengganti diri dan kad raya untuk semua pembaca.

Salam Aidilfitri 1431H

Semoga Ramadhan kita semua diberkati dengan ibadah yang dilakukan. Dan semoga Aidilfitri kita kali ini akan penuh dengan suasana kegembiraan meraikannya di samping keluarga tersayang.

Resit Zakat Tahun1431H /2010
Zakat : Dua tahun lepas masih tersimpan resit zakat aku bayar untuk 2 kepala atas tanggungjawabku sebagai suami. Tahun ini, aku sebagai bapa kepada seorang anak dan suami kepada seorang isteri. Tahun 2010 ini, aku sudah bertiga. Bermakna zakat pada kali ini aku kena bayar untuk tiga orang. Soal zakat jangan dipersoalkan, ianya adalah soal agama. Oleh itu, wajib bagi kita membayarnya.

Raya Mana? : Selalunya dekat raya mesti ada pertanyaan "Azahari, ko balik mana tahun ni?". Aku sering menjawab.."Aku balik 1 Malaysia". Umpamanya aku pusing satu Malaysia, cuma tak cukup melintasi Laut China Selatan je untuk ke Sabah dan Sarawak. Bukannya bermaksud setiap negeri aku jejak, tetapi aku perlu berlaku adil pada diriku dan isteriku. Inilah perancangan Aidilfitri ku yang dah 3 tahun sama jer..

Aku tinggal di Puncak Perdana, Shah Alam. Mak abahku tinggal di Sg Besi, Kuala Lumpur. Boleh dikatakan setiap minggu aku dan isteriku serta anakku berbuka puasa di sana. Jadi, setiap kali sehari dua sebelum menjelang Aidilfitri, kami akan pulang ke Johor Bahru (rumah mak mertuaku). Untuk merasa berbuka dan bersahur disana. Lepas tu, kami akan konvoi pulang ke Sg. Mati, Muar untuk meraikan raya pertama bersama keluarga mertua (nenek dll). Selepas mengunjungi sanak sedara di sana, dalam raya ketiga kami akan bertolak ke Kg Rambung, Kedah (rumah Tok Wan ngan Tok Nab aku,sebelah mak aku). Perjalanan selalunya akan mengambil masa 6-8 jam (bergantung pada rehat byk). Di sana kami akan bertemu dengan familyku (abah, mak dan adik beradik). Selalunya kami akan berada disana dalam 2 malam dan dalam raya kelima, kami akan bertolak ke Kg. Pdg Gajah, Trong, Perak (rumah Tok Miah, sebelah abahku). Sama juga, kami akan mengunjungi sanak sedara yang ada. Dalam raya ke enam atau ketujuh, baru kami akan pulang konvoi bersama ke Kuala Lumpur atau balik terus ke Shah Alam.


Raya 1 Malaysia_Azahari
Beraya sakan! Bagi aku tidak la...Ianya lebih kepada untuk berlaku adil pada semua. Bagi aku, selagi ada sanak saudara yang boleh dilawat, selagi itulah kita adakan konsep kunjung mengunjung ini. Aku taknak sampai tali persaudaraan putus sebab tiada budaya kunjung mengunjung ini. Selagi mampu, aku layan jer...Kalau dah takleh nanti (tak mampu/apa2)..kita cari jalan lain.

Kita akan sambut Aidilfitri dalam 3 atau 4 hari lagi. Harapanku agar, aku dapat memperolehi kemaafan daripada semua atas apa jua kesalahanku sepanjang hidupku. Aku juga berharap agar  Aidilfitri kali ini meriah dan gembira kerana aku beraya bersama insan yang aku sayangi. Semoga perjalanan kami diberkati oleh Allah swt dan diberi perlindungan agar selamat sampai ke setiap destinasi. Amin.

Salam Aidlfitri dari kami sekeluarga buat semua yang mengenali diri ini. Berhati-hati dijalan raya. Jangan lupa bayar zakat fitrah tahun ini...Amin.

Khamis, Ogos 26, 2010

Salam Kemerdekaan

"Di bawah satu bendera, kita bina jiwa merdeka. Mari sama-sama kita mengibarkan Jalur Gemilang kebanggaan kita rakyat Malaysia"

Salam Kemerdekaan dari Ahmad Danish Amsyar
Pertama kali buat anakku, Ahmad Danish Amsyar, 8 bulan untuk menyambut perayaan kemerdekaan kali ini. Aku begitu bangga melihat dia memegang bendera Jalur Gemilang. Akan aku terapkan dan semai jiwa merdeka dalam diri anakku supaya dia bangga menjadi rakyat Malaysia. Niatku untuk mengambil gambar anakku bersama Jalur Gemilang terkabul akhirnya.

Sudah 5 Tahun

Wira Merdeka, 2010
Bagi keretaku pula, ini adalah kali ke 5 aku mengibarkan bendera Jalur Gemilang di atas keretaku. Bermakna ianya sudah 5 tahun menggunakan bendera yang sama. Setiap kali menjelang musim perayaan Hari Kebangsaan, aku akan cuci dan sediakan Jalur Gemilang itu supaya dalam keadaan yang baik. Memang niatku dari remaja dulu, jika aku memiliki sebuah kereta, akan aku kibarkan Jalur Gemilang dengan cara sebegini. Dan aku bangga, kereta aku menjadi kereta pertama yang mengibarkan Jalur Gemilang secara begini di tempat kerjaku, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), malahan di UiTM Shah Alam serta UiTM Puncak Perdana juga.


Salam Kemerdekaan buat semua Warga Malaysia.

Khamis, Ogos 19, 2010

Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir

*Kemaskini dari nota di laman facebook saya.

Salam Ramadhan Al-Mubarak,

Azahari, Diana & Amsyar
Alhamdulillah...Syukur ke atas-Nya kerana kita masih boleh menghadapi bulan Ramadhan yang mulia ini pada tahun 1431H ini.

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
  • Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
  • Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya dan keluarga ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

Dan Selamat Berpuasa


ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
(sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam)

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN

Salam Ramadhan,

Ahmad Azahari Bin Mohd Nazar
Anak Ledang 2128

Selasa, Ogos 17, 2010

Selamatkan Gaza!!

Salam sahabat buat semua.


Hari ini aku disedarkan dengan keprihatianan tentang masalah yang dialami oleh rakyat Gaza di Palestin. Bukan bermakna selama ini aku tidak prihatin dan tak ambil tahu tentang perkara berikut, tetapi soalnya aku tak mendalaminya sendiri, walaupun ianya menyentuh perasaan aku tentang aspek perjuangan Islam. Jam 9.00pagi aku melangkah masuk ke dalam Auditorium FSSR, UiTM Shah Alam, sekadar ingin mendengar pengalaman dari 3 rakyat Malaysia yang berjuang atas dasar misi keamanan ke Gaza.

Salah seorangnya adalah En Zahari Zakaria, seorang journalism fotografi dari NSTP memulakan kisah perjalanan beliau ke Gaza. Beliau sampai di Gaza dengan melalui 18 sekatan dari tentera Israel di Arafah. Dari aspek pengalaman beliau menyentuh mengenai cara perjuangan rakyat Gaza selepas dibom berkali-kali sejak tahun 2008. Gambar demi gambar diolah dlm bentuk pengalaman perjalanan April lalu untuk menerbitkan rasa bersyukur atas bumi sendiri. Tapi, terdetik dihatiku, negara Palestin yang dahulunya besar,kini hanya menjadi spot putih di atas peta dunia sendiri. Rakyatnya seperti hidup dipijak dibumi sendiri. Pengkisahan beliau diakhiri dengan tayangan gambar-gambar tentang perjuangan anak-anak kecil di Gaza. Gaza yang kita selalu tengok dengan kesedihan dan kemuraman sebenarnya masih ada kehidupan yang perlu mereka lalui.

Kapal Mavi Marvara
Pengkisahan perjuangan ke Gaza disambung pula oleh 2 wakil dari HALUAN Palestin yang mengikuti kapal Mavi Marvara Mei 2010 lalu iaitu Tn. Hj. Noorazman Shamsuddin dan Dr. Syed Muhammad Haleem. Dari kisah pengkisahan mereka ini, berkongsi pengalaman bagaimana perjalanan mereka dengan kapal Mavi Marvara diserang oleh tentera Zionis Israel. Detik2 kecemasan dan perjuangan dipaparkan melalui video yang tak pernah ditunjukkan dlm sebarang media. Video itu terlepas dari dirampas oleh tentera Zionis atas sebab tidak diketahui dan tidak boleh diberitahu. Paparan video menunjukkan kisah kekejaman pihak tentera Zionis membunuh bangsa kita sendiri. Terasa diri ini dipanggil untuk menyelami pengkisahan tersebut. Pelbagai perasaan timbul apabila melihat paparan video tersebut. Paling mendasyatkan ada terkandung video tentang kekejaman tentera Zionis membunuh salah seorang anak kapal bernama Furqan, 19 tahun yang dituduh sebagai terrorist.

Dr. Syed Muhammad Haleem
Tn. Hj. Noorazman Mohd Samsuddin

Hatiku terdetik atas faktor perjuangan mereka dalam misi keamanan Gaza. Atas sebab apa kita sebagai Islam dan rakyat Malaysia patut memperjuangan keamanan di Gaza, anda tentukan. Pada aku, kita sebagai rakyat Malaysia wajib tahu tentang perjuangan ini kerana Malaysia mungkin ada sisa-sisa perjuangan Zionis yang bermula tatkala Henry Gurney bertapak di Tanah Melayu. Apa kaitan Henry Gurney dan Zionis, harap anda carilah dan ketahui la dengan lebih lanjut. Aku sendiri takut akan amaran Yahudi tentang pembentukkan negara Israel. Tapi aku takkan gentar sekiranya matiku ini atas dasar perjuangan agamaku, Islam. Hanya Allah swt sahaja yang tahu akan mati dan hidup manusia di dunia. Bagiku seorang yang beragama Islam, Gaza adalah saudara maraku jua. Bumi Palestin adalah bumi para ambia dan nabi dahulu. Masjid Al-Aqsa juga terletak di Palestin. Masjid Al-Aqsa juga pernah merupakan kiblat bagi umat Rasullulah s.a.w. Jadi, terserahlah pada anda untuk menegakkan dan memperjuangkan apa yang patut. Apa yang mungkin boleh kita perjuangkan kita perjuangannya dengan setulus hati. Berdoalah kepada mereka supaya dunia ini kembali aman sejahtera. Amin.

Isnin, Ogos 16, 2010

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan 1431 pada semua.

Pertama kali aku menulis atas blog ku ini. Perasaan iri timbul tatkala melihat ramai orang mempersembahkan blog masing-masing ke dalam dunia maya ini. Dunia maya, dunia siber, dunia internet...online dan mcm2 lagi gelarannya. Ada yang negatif dan ada yang positif tentangnya. Bagi aku, dunia ini negatif jika orang mempergunakannya ke arah jalan yang negatif. Namun aku kuatkan diri, untuk mencuba membuat laman blog ku sendiri. Bukan atas dasar apa, cuma kekadang ingin meluahkan sesuatu yang ingin disampaikan sahaja.
Ahmad Azahari Blog

CV Ahmad Azahari
Aku mula membuat blog tentang diriku dan tentang profail ku agar mereka yang ingin mengenaliku tahu tentang diriku. Jadi terhasillah blog ini disamping blog yang kucipta sendiri untuk ruang pekerjaanku supaya aku boleh mengemaskinikan portfolio yang kupegang. Aku percaya profail yang kuterbitkan ini akan membuahkan hasil untuk diriku kelak. Lantas itu aku mengemaskini semua CV ku untuk dilampirkan bersama didalamnya. Aku mula belajar sendiri bagaimana ingin membuat blog-blog ini kemas dan cantik dipandang. Apapun, aku harap ianya tidak mendatangkan kejelikan pada siapa yang membaca. "I just being myself", itu yang sering aku ungkapkan. Sekurang-kurangnya aku jadi diri sendiri, bukannya org lain.

Terima kasih pada siapa yang membaca.