Hari ini aku disedarkan dengan keprihatianan tentang masalah yang dialami oleh rakyat Gaza di Palestin. Bukan bermakna selama ini aku tidak prihatin dan tak ambil tahu tentang perkara berikut, tetapi soalnya aku tak mendalaminya sendiri, walaupun ianya menyentuh perasaan aku tentang aspek perjuangan Islam. Jam 9.00pagi aku melangkah masuk ke dalam Auditorium FSSR, UiTM Shah Alam, sekadar ingin mendengar pengalaman dari 3 rakyat Malaysia yang berjuang atas dasar misi keamanan ke Gaza.
Salah seorangnya adalah En Zahari Zakaria, seorang journalism fotografi dari NSTP memulakan kisah perjalanan beliau ke Gaza. Beliau sampai di Gaza dengan melalui 18 sekatan dari tentera Israel di Arafah. Dari aspek pengalaman beliau menyentuh mengenai cara perjuangan rakyat Gaza selepas dibom berkali-kali sejak tahun 2008. Gambar demi gambar diolah dlm bentuk pengalaman perjalanan April lalu untuk menerbitkan rasa bersyukur atas bumi sendiri. Tapi, terdetik dihatiku, negara Palestin yang dahulunya besar,kini hanya menjadi spot putih di atas peta dunia sendiri. Rakyatnya seperti hidup dipijak dibumi sendiri. Pengkisahan beliau diakhiri dengan tayangan gambar-gambar tentang perjuangan anak-anak kecil di Gaza. Gaza yang kita selalu tengok dengan kesedihan dan kemuraman sebenarnya masih ada kehidupan yang perlu mereka lalui.
Kapal Mavi Marvara |
Pengkisahan perjuangan ke Gaza disambung pula oleh 2 wakil dari HALUAN Palestin yang mengikuti kapal Mavi Marvara Mei 2010 lalu iaitu Tn. Hj. Noorazman Shamsuddin dan Dr. Syed Muhammad Haleem. Dari kisah pengkisahan mereka ini, berkongsi pengalaman bagaimana perjalanan mereka dengan kapal Mavi Marvara diserang oleh tentera Zionis Israel. Detik2 kecemasan dan perjuangan dipaparkan melalui video yang tak pernah ditunjukkan dlm sebarang media. Video itu terlepas dari dirampas oleh tentera Zionis atas sebab tidak diketahui dan tidak boleh diberitahu. Paparan video menunjukkan kisah kekejaman pihak tentera Zionis membunuh bangsa kita sendiri. Terasa diri ini dipanggil untuk menyelami pengkisahan tersebut. Pelbagai perasaan timbul apabila melihat paparan video tersebut. Paling mendasyatkan ada terkandung video tentang kekejaman tentera Zionis membunuh salah seorang anak kapal bernama Furqan, 19 tahun yang dituduh sebagai terrorist.
Dr. Syed Muhammad Haleem |
Tn. Hj. Noorazman Mohd Samsuddin |
Hatiku terdetik atas faktor perjuangan mereka dalam misi keamanan Gaza. Atas sebab apa kita sebagai Islam dan rakyat Malaysia patut memperjuangan keamanan di Gaza, anda tentukan. Pada aku, kita sebagai rakyat Malaysia wajib tahu tentang perjuangan ini kerana Malaysia mungkin ada sisa-sisa perjuangan Zionis yang bermula tatkala Henry Gurney bertapak di Tanah Melayu. Apa kaitan Henry Gurney dan Zionis, harap anda carilah dan ketahui la dengan lebih lanjut. Aku sendiri takut akan amaran Yahudi tentang pembentukkan negara Israel. Tapi aku takkan gentar sekiranya matiku ini atas dasar perjuangan agamaku, Islam. Hanya Allah swt sahaja yang tahu akan mati dan hidup manusia di dunia. Bagiku seorang yang beragama Islam, Gaza adalah saudara maraku jua. Bumi Palestin adalah bumi para ambia dan nabi dahulu. Masjid Al-Aqsa juga terletak di Palestin. Masjid Al-Aqsa juga pernah merupakan kiblat bagi umat Rasullulah s.a.w. Jadi, terserahlah pada anda untuk menegakkan dan memperjuangkan apa yang patut. Apa yang mungkin boleh kita perjuangkan kita perjuangannya dengan setulus hati. Berdoalah kepada mereka supaya dunia ini kembali aman sejahtera. Amin.
untung nyer sayang dapat dengar pengalaman die org.. soh la dak GP wat 1 program camni..sy pun nk dgr sendiri pengalaman die org... nak ambil iktibar... i luv Gaza
BalasPadam